Intro...

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh...

Selamat Datang ke BLOGGERMANIA!!


20/08/2010(Tarikh Blog ini mula-mula ditulis)

Saya sebenarnya tak tahu kenapa saya wat blog ni..?? Entah.. Mungkin sebab tengok byk blog2 kawan2 n daripada blog jg sesetengah orang mecari sumber pendapatan sampingan.. tergerak plak hati ini untuk buat blog ni... Kepada blogger2 yang di hormati... saya tak ade ape2 yang hendak di pertunjukkan sebenarnya... tapi ape2 hal korang berkunjung lg ke blog saya ini akan datang... wat mase sekarang ni... otak masih buntu nak wat ape ngan blog ni... saya akan cube mengupdate blog ini setiap minggu dengan benda2 yang lain dari yang lain... InsyaAllah... Kepada bloggers2 sekelian.. Selamat maju jaya diatas ape saje yang anda lakukan.. PEACE!!

* Nak dapat RM1,200 dan emas??! Sila wassap k.. Peace!!

Wassap#: +601132529979






Tuesday, September 27, 2011

10 Tips Menguruskan Kewangan Anda

Pengurusan kewangan dianggap remeh oleh sebahagian besar mereka yang mempunyai pendapatan bulanan. Cara pengurusan wang secara bijak perlu difahami supaya pendapatan hasil usaha tidak disia-siakan dengan sewenang-wenangnya. Jangan menyesal dikemudian hari kerana kegagalan merancang kewangan dengan baik serta pengurusan kewangan yang betul tidak dilakukan bermula dari sekarang.

Saya ingin kongsikan kepada anda 10 cara pengurusan kewangan yang munasabah untuk dipraktikkan.

1. Menerima gaji yang seadanya dan berbelanja kurang daripada pendapatan 

Tips pertama ini mungkin nampak mudah tetapi hakikatnya ia sukar untuk dipraktikkan. Anda perlu memastikan sama ada gaji yang diterima berbaloi berbanding kepakaran, produktiviti, keupayaan dan tugas yang dipertanggungjawabkan. Menerima pendapatan yang rendah daripada yang sepatutnya akan memberi kesan yang besar dalam jangka masa panjang.

Berapa banyak pun gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet) 

Merancang adalah satu strategi asas yang perlu dilakukan. Kebiasaannya ramai yang tidak mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama TANPA perancangan kewangan yang betul. Ramai orang tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang. 

3. Lunaskan hutang kad kredit 

Sikap suka berhutang ataupun pakai dulu bayar kemudian ni sangat tidak digalakkan. Memang seronok menggunakan kad kredit ini kerana tak perlu bayar secara tunai. Tetapi harus diingat bahawa berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan besar. 
Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat sukar untuk melunaskan hutang dan akhirnya berterusan menanggung hutang yang BESAR!

4. Mencarum dalam pelan persaraan 

Jika syarikat anda bekerja menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Teringat saya kepada pepatah melayu " berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit ". Bukan "BUKUIT" macam JoZan pernah sindir pada Datuk David Teo tu..heheh (seloroh jer). Anda perlu menyimpan walaupun sedikit tetapi lakukan secara istiqamah. Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5% ke 10% daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Dr Irfan Khairi ada menetapkan kadar simpanan 10% setiap bulan daripada pendapatan bulanan dalam buku hasil tulisan beliau yang bertajuk "Nota Kewangan, Nota Jutawan". Dicadangkan buatlah potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza. 

Cari sebab mengapa perlu menabung dan tetapkan azam untuk kebaikan masa depan.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan. Banyak skim pelaburan yang ditawarkan oleh pihak bank. Cari dan pilihlah pelaburan yang mana sesuai mengikut kemampuan anda.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja 

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans 

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan. Pastikan kemampuan pendapatan anda sebelum membuat caruman insurans anda.


9. Kemas kini wasiat 

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Mengikut kajian kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik 

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Sebagai contoh rebet jika memberi buku-buku ilmiah, motivasi dan seumpamanya. Saya yakin kepada mereka yang biasa mengisi borang cukai pendapatan pasti tahu di mana pengecualian cukai yang dapat dibuat.


Itulah 10 tips pengurusan kewangan yang saya harap sedikit sebanyak membantu anda kelak. Sama-sama kita beringat sebelum ditimpa musibah. Fahamilah ilmu pengurusan kewangan untuk menjamin masa depan yang cemerlang dan gemilang.


Sumber Rujukan : Do-It Info

Sunday, September 25, 2011

Bagaimana untuk meletakkan tarikh dan hari yang sama pada blog @ website kita..

Saya telah dapat teknik ini dari kawan blogger kita juga. Cara untuk meletakkan tarikh ini dengan memasukkan kod ini (yang akan saya berikan) di dalam kod html anda. Sesuai untuk blog @ website yang boleh menggunakan cara embed (tanam) ke dalam kod html. Setelah anda memasukkan tarikh ini, anda tidak perlu lagi untuk mengubah tarikh di website anda ini setiap hari. Ini boleh menjimatkan masa anda.


Kepada mereka yang baru didalam blog @ website ini. Anda bolehlah melihat di dalam laman web saya ini dahulu untuk mengetahui cara menggunakan embed kod html. (Lihat di #1 Belajar cara buat website sendiri bahagian 7 dan lihat video). Setelah itu, anda copy & paste kod ini :-

<SCRIPT LANGUAGE="Javascript" class="timetext">
var now = new Date();
var days = new Array('Sunday','Monday','Tuesday','Wednesday',
'Thursday','Friday','Saturday');
var months = new Array('January','February','March','April',
'May','June','July','August','September',
'October','November','December');
var date = ((now.getDate()<10) ? "0" : "")+ now.getDate();
function y2k(number){return (number < 1000) ? number + 1900 : number;}
today = days[now.getDay()] + " " +
date + " " +
months[now.getMonth()] + ", " +
(y2k(now.getYear())) ;
document.write("" +today+ ".");
</SCRIPT>


di dalam kod html anda. Letakkan dahulu cursor anda di tempat yang anda inginkan tarikh anda dipaparkan. Tidak perlu buat table pada website anda.

Sekian. Selamat mencuba.

Sunday, September 18, 2011

Kecilnya Bumi..




Kita sangka bumi Allah ini dah besar dah.. tapi kita tak sangka bahawa bumi Allah ini adalah hanya sebesar-besar kuman sahaja di dalam Alam Maya ini. SubhanaAllah.. Bertaubatlah kita semua agar dosa kita diampunkan sebelum masa Hari Kiamat nanti.. Bila sudah Hari Kiamat, tiada dosa dapat diampunkan lagi.. Semoga kita diberkati Allah kemudian..

Di GDI anda boleh kecapi bebas kewangan





GDI (Global Domain International) adalah satu syarikat yang menjual domain name website dan web hosting mereka. Mereka menjalankan program affiliate yang boleh menguntungkan pengguna mereka. Lihat video diatas untuk keterangan mengenai plan pemasaran mereka. Kalau ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah kunjungi laman web saya di http://autowanganda.ws/JanaGDI.html @ replica site saya di
http://website.ws/mharon17

Air Mata Nabi Adam


Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis,  beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air  ini."

Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa  Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari  ada 24 jam. ? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar  azan.

Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala  Jengking Neraka

Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat,  orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka  minum arak."

Sampaikan  kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman
hidup  hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

 
Wassallam

Teka-teki yang rasa bersalah nak menjawabnya...

1)Lubang ape yang rasanya hangat,nikmat dan nyaman?
answer:LUBANGun pagi2,tarik simut pastu lu tido balik

2)Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
answer:MINYAKsikan pertandingan bolasepak EPL

3)Kuih ape yang dibungkusnya didalam isinya diluar?
answer:kuih salah bikin...

4)Binatang ape yang power dlm bab berkarate?
answer:kuda belang.cube ko kira brape black belt dia ade........

5)Siape yang menemukan dompet kulit?
answer:yang menemukan dompet kulit sila pulang pada saya balik
hehe........ nak makan tak ader duit lah bro

6)Pintu ape yang walaupun dengan 10orang pun tak boleh nak tolak
answer:Pintu yang ader tulis''TARIK' '

7)Saya ader 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki
answer:Pembohong. .......

8)Ape dia "jauh d mata dekat d hati"..?
Answer:usus

9)Binatang ape yang seluruh angota dia kat kepala?
Answer:kutu rambut lah...

10)Nenek saper yang jalan nye terloncat-loncat?
Answer:nenek si katak lah......... .

11)Kenapa lelaki ni jarang kena penyankit anjing gila?
Answer:sebab lelaki nikan 'buaya'

12)Ape persamaan micheal jordan ngan micheal jakson?
Answer:Dua-dua tak kenal korang huhuhuh..... ..

13)Tukang aper kalau yang di panggil dia jenguk ke atas?
Answer:tukang gali kubur lah.........

14)Nak mencari sikit punya susah dah dapat senag jer buang?
Answer:tahi idong

15)Ape persamaan kain jemuran nagn telepon?
Answer:dua-dua kalau dah krinnnggg bleh angkat.....

16)Kenapa pokok kelapa kat depan umah kena tebang?
Answer:Mestilah kena tebang,sape plak yang nak cabut gilo ape ko
ni.......... .

17)Gajah terbang dengan ape?
Answer:Dengan susah payah.......

Cara-Cara Nak Menunduk Hantu...


Pocong        Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu. Gelakkan ramai-ramai lagi mujarab.

Langsuir
      Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu. Kucing pun tak malu macam dia..
Pontianak     Hantu yang suka ketawa mengilai. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring. Gunakan mikrofon dan speaker yang besar bagi menampakkan kesan nyata.

Hantu Raya    Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat. Jangan beri dia peluang untuk duduk atau curi tulang.  

Hantu Galah   Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu. Kata org dulu-dulu kata cabut bulu keting dia, berkesan jugak.. tapi sekarang dia dah siap cukur dulu sebelum memunculkan diri.. jaga-jaga antu ni.. 

Jerangkung    Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.  Jika dia cuba utk berdiri tegak kembali.. ulangi tunjalan jari telunjuk anda.. lakukan sehingga dia bosan.

Toyol             Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampar Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.. Nanti dia mesti menyesali perbuatannya mencuri..

Hantu Ular   Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni lain fesyen skit.. takder kerja lain asyik mengular je, lepas tu nengok e-mail.. macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..  macamana nak jawab.. korang ni ler hantu nya.. jadi bawak-bawaklah buat kerja ... bos masuk jap lagik kang lain pulak hantu yang datang...

Wednesday, September 14, 2011

RASULULLAH BULAN PURNAMA


Rasulullah bulan purnama, cahayanya cerah menerangi buana
Menyuluh kehidupan manusia, memandu perjalanan mereka menuju Tuhannya
Manusia selamat di dalam perjalanan mereka
Dari kesesatan dan khurafat serta mara-bahaya
 
Para Sahabat laksana bintang-bintang di keliling purnama
Bertambah indah purnama dan makin terserlah cahaya kebesarannya
Laksana raja-raja dikelilingi oleh pembesar-pembesarnya
Bertambah hebat dan agung Rasulullah dibuatnya
 
Para Tabi’in laksana bintang-bintang yang berselerak di seluruh dunia
Menyuluh di malam gelap-gelita dan memeriahkan suasana
Panduan orang yang berjalan di tengah padang pasir dan hutan belantara
Banyak orang yang selamat daripada kesesatan perjalanan di malam yang gelap-gelita
 
Para mujtahidin, para mujaddidin dan ulama ul ‘amilin obor di zamannya
Menerangkan juga alam buana, kehidupan manusia yang hiruk-pikuk dan sibuknya
Cahaya-cahaya yang dibawa mereka boleh juga diguna dan dimanfaatkan
Mudah juga manusia berjalan di dalam suasana gelap-gelita
 
Para mubaligh dan da’i membawa pelita kehidupan di zamannya
Walaupun cahayanya tidak jauh pancarannya
Namun cahaya-cahayanya mencerahkan juga kehidupan manusia
Siapa yang sudi bernaung di bawah cahayanya, pimpinan kehidupan dapat juga

Kisah Taubat

Kisah ini adalah kisah benar... memang benar dan tidak ada
yang benar melainkan benar-benar belaka ... cuma ..nama dan wataknya
sahaja telah ditukarkan agar tidak menyinggung perasaan mereke-mereka
yg
terbabit especially VIP-VIP yang tengah dok kecut perut selepas kes
Norrita
!!!

Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ).

Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga
suatu
masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah
syarikat
swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator cum penyambut
tetamu.

Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama
teman
sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan..
oopssss ... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu
taksub
dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran
memilih
cara pemakainnnya menjadi seorang 'wanita'.

Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan
miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah ...
lengguk
langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari ... apatah
lagi
kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas
kenderaan yang sentiasa mundar mandir ... macam-macam ada ... Pak Abu
pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun
kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul
Ayu pun tak tertahan ... takut-takut ada yang patah katil bujang nanti
... sabun pulak jangan cherita lah ... sejak-sejak kebelakangan ni,
asyik kehabisan stok saja ...

Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu
telah berpindah keluar dari rumah sewanya ..tak sama line lah
braderrrr..

Hari demi hari berlalu dengan pantas ... kehidupan kotaraya makin
mencabar ... kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan ... kes jenayah
makin menjadi-jadi ... rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak
sengaja
maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-
tanya
juga Ayob akan nasib rakan sekampong nya yang telah vogue gitu ...

Di pendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada
di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran
satu
ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu... dilihat didepannya
seorang wanita cantik lagi Ayu ... dengan skirt pendeknya..dan rambut
al-ala Norrita..Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di
depannya itu sebenarnya akan kawannya si Hamdan ..(Ayu..le) disebabkan
ke'Ayu"an. Di panjangkan cerita..Ayu pun masuk ke rumah sambil
menangis
tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabrah
cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 999
TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa
sesuatu yang telah mula bergerak ... namun Ayob masih maintain
machonya

Ayob : Pasai apa hang dok teriak nie.. .

Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku sebenagnya nak bertaubat.. Aku
tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi lagi. Aku insaf ... insaf ...
TAUBATTTTT ... aku tak mau nama dan gambag aku keluag masuk TV ataupun
sorathabag macam dot dot dot tu .... isk isk isk huaaaaaa ... .

Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka
di kampong) Aku pun selalu juga dok doa kut hang balik ke pangkal
jalan.
hamdulillah ...

Ayu : Betoi lah Yob ... hang sorang lah kawan aku dunia dan akhirat
.. Mulai minggu depan ... Yob aku akan berazam untuk berubah ... kali
ni
habis-habisan. Aku akan ... jeng..jeng.. jeng ... .. .

... ...

... ...

... ...

... ...

... ...

pakai tudung dengan baju kurung

ala-ala Waheeda gitu.. takmau dah dedah aurat. What do u thing Ayob ?

Ayob : #$5@&* !!! Astagfirullah. .. ... ..( Ingat taubat betoi-betoi )

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya
tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara
makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka
tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu
(chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada
sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan
kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat
diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini
diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di
Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh
Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh
British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident
tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi
hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan
membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan
sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan
tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang
wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan
perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda
makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih
dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan
dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya
sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih
dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain.
Sudu dan garfu itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih
bersih kerana tangan saya hanya saya
seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah
dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah
menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih
bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang
yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang
tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi
selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya
jawapan tersebut.... .........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau
memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.
Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...

Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

KHAS KEPADA BAKAL PENGANTIN DAN INGIN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA..

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...KALA kau tiada duit, bukankah ma gic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengcheking " Ada duitkah suamiku?"
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk berinya nafkah?dasar laki kedekut...

Tahukah kau wahai suami, tiap2 ma lam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara perta ma yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hany alah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat ma lam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2 kena teh mcm kat ru ma h tak ada teh sampai bini kau yang diru ma h tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah ma ta tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak ma suk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak ma kan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...dasar!

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cu ma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan ma lam sebelum tidur (peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa", hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap ma ta dia hany a tidur2 ayam sahaja...

Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 sampai sejuta senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang mesti tahu punya....
Moral of the story : Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagai mana korang hargai kereta korang, motor besar korang, ipad, iphone4, PS3 korang dan lain-lain. so kalau rasa diri tu masih tak ready lagi... pikir pikirlah... belajar bagi ready!

ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR

Little did you know ...... after reading THIS, you'll NEVER look at    petai    in the same way again!

Petai
  contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose.   Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial   boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder   petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy   isn't   the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.  


Depression:

According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering   from   depression, many felt much better after eating petai. This is because petai   contain tryptophan, a type of protein that the body converts into   serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.



PMS(premenstrual syndrome):

Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood   glucose levels, which can affect your mood.



Anaemia:

High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood   and so helps in cases of anaemia.



Blood Pressure:

This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt,   making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make   official   claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure   and   stroke.



Brain Power :

200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their   exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to  boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.



Constipation:

High in fiber, including petai in the diet can help restore normal   bowel   action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.



Hangovers:

One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake,   sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and   re-hydrates your system.



Heartburn:

Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from   heartburn, try eating petai for soothing relief.



Morning Sickness
  :
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up   and   avoid morning sickness.



Mosquito bites
  :
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected   area   with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.



Nerves:

Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.



Overweight:

Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work   leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels   by   snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.    



Ulcers:

Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because   of   its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.



Temperature control
 :
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the   physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for   example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool   temperature.



Seasonal Affective Disorder (SAD) :

Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood   enhancer, tryptophan.



Smoking:

Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the   body recover from the effects of nicotine withdrawal.
 



Stress:

Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat,   sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are   stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels.   These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.



Strokes:

According to research in "The New England Journal of Medicine, "   eating   petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as   much as 40%".



Warts:

Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off   a   wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!

So, as you can see, petai   really   is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it   has   four times the protein, twice the carbohydrates, three times the   phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value   foods around.  So maybe its time to change that well-known phrase so that   we say, "A Petai a day keeps the doctor away".


PM Dr.Aminuddin AHK   Dept.of Physiology
Medical faculty of UKM Kuala Lumpur

Monday, September 12, 2011

Ada 3 golongan manusia.. Anda yang mane satu??

Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya?mereka menjawab?.


Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??
X : Sudah tentu? solat itu tiang agama dan berdosa jika kita
meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp
ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah?

Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa? malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh
raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so..
faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding
lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku?

Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot? tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang
kalau tak tayang??

Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri &
Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak so
tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..


Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
X : Haram? batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala? stakat salam tu takpe lah
Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat
pegang tu takpe la.

Soalan7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah dalam email, apa yg
anda buat??
X : InsyaAllah saya akan forward kat teman2. sekurang2nya ade gak usaha
     dalam berdakwah.
Y : Bace pun tak.. forward ape hal..
Z : Delete terus!!

Anda golongan yang mana?

Mengetahui Rahsia Wanita Berjalan..


Mungkin selepas ini ramai lelaki akan melihat cara wanita berjalan dan mungkin selepas ini ramai wanita akan serba-salah jalannya kerana menyedari ramai lelaki sedang memperhatikan mereka! Jadi apakah nasihat kami kepada kaum wanita? Jangan berjalan..

Mengenai cara berjalan, ianya ada kaitan juga dengan 'mood' kita pada ketika itu. Kalau berjalan di tempat sunyi, mungkin langkah kita lebih cepat. Kalau berjalan bersama ' awek' mungkin dada kita nampak besar sedikit dan perut kita nampak kempis sedikit. Si 'awek' pula, mungkin goyangnya lebih sedikit. Bila kembali berjalan seorang, di masa itulah mungkin kita akan dapat lihat cara berjalan mereka yang sebenar, itu pun kalau mereka ini tidak perasan bahawa mereka sedang diperhatikan!

Sebenarnya asyik melihat cara wanita berjalan kurang manis untuk dilakukan dan mungkin anda akan dicubit, apatah lagi jika anda lelaki yang sudah berumur dan sedang berjalan dengan isteri anda. Artikel ini menarik juga kerana ia mengupas rahsia personaliti wanita berdasarkan cara mereka berjalan.


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wallahua'lam.