Intro...

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh...

Selamat Datang ke BLOGGERMANIA!!


20/08/2010(Tarikh Blog ini mula-mula ditulis)

Saya sebenarnya tak tahu kenapa saya wat blog ni..?? Entah.. Mungkin sebab tengok byk blog2 kawan2 n daripada blog jg sesetengah orang mecari sumber pendapatan sampingan.. tergerak plak hati ini untuk buat blog ni... Kepada blogger2 yang di hormati... saya tak ade ape2 yang hendak di pertunjukkan sebenarnya... tapi ape2 hal korang berkunjung lg ke blog saya ini akan datang... wat mase sekarang ni... otak masih buntu nak wat ape ngan blog ni... saya akan cube mengupdate blog ini setiap minggu dengan benda2 yang lain dari yang lain... InsyaAllah... Kepada bloggers2 sekelian.. Selamat maju jaya diatas ape saje yang anda lakukan.. PEACE!!

* Nak dapat RM1,200 dan emas??! Sila wassap k.. Peace!!

Wassap#: +601132529979






Sunday, September 18, 2011

Cara-Cara Nak Menunduk Hantu...


Pocong        Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu. Gelakkan ramai-ramai lagi mujarab.

Langsuir
      Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu. Kucing pun tak malu macam dia..
Pontianak     Hantu yang suka ketawa mengilai. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring. Gunakan mikrofon dan speaker yang besar bagi menampakkan kesan nyata.

Hantu Raya    Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat. Jangan beri dia peluang untuk duduk atau curi tulang.  

Hantu Galah   Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu. Kata org dulu-dulu kata cabut bulu keting dia, berkesan jugak.. tapi sekarang dia dah siap cukur dulu sebelum memunculkan diri.. jaga-jaga antu ni.. 

Jerangkung    Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.  Jika dia cuba utk berdiri tegak kembali.. ulangi tunjalan jari telunjuk anda.. lakukan sehingga dia bosan.

Toyol             Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampar Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.. Nanti dia mesti menyesali perbuatannya mencuri..

Hantu Ular   Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni lain fesyen skit.. takder kerja lain asyik mengular je, lepas tu nengok e-mail.. macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..  macamana nak jawab.. korang ni ler hantu nya.. jadi bawak-bawaklah buat kerja ... bos masuk jap lagik kang lain pulak hantu yang datang...

No comments:

Post a Comment