Intro...

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh...

Selamat Datang ke BLOGGERMANIA!!


20/08/2010(Tarikh Blog ini mula-mula ditulis)

Saya sebenarnya tak tahu kenapa saya wat blog ni..?? Entah.. Mungkin sebab tengok byk blog2 kawan2 n daripada blog jg sesetengah orang mecari sumber pendapatan sampingan.. tergerak plak hati ini untuk buat blog ni... Kepada blogger2 yang di hormati... saya tak ade ape2 yang hendak di pertunjukkan sebenarnya... tapi ape2 hal korang berkunjung lg ke blog saya ini akan datang... wat mase sekarang ni... otak masih buntu nak wat ape ngan blog ni... saya akan cube mengupdate blog ini setiap minggu dengan benda2 yang lain dari yang lain... InsyaAllah... Kepada bloggers2 sekelian.. Selamat maju jaya diatas ape saje yang anda lakukan.. PEACE!!

* Nak dapat RM1,200 dan emas??! Sila wassap k.. Peace!!

Wassap#: +601132529979






Thursday, October 6, 2011

Earn Cash For Your Website Or Blog

affiliate program

GET REVENUE FROM YOUR SITE

Turn your valuable webpage visitors into income.
Work online and join our free money making affiliate program.
We offer the most pay-per-click rate to help increase your
revenue stream.

Join our cash making program absolutely free and 100% risk free.

Sign Up...

Get revenue after you stop working

Create multiple new profit streams
each and every month.
Get revenue after you stop working or even retire at an young age with a
broad cash stream.
Do this once and get profit over and over again.
It is best time to create
astonishing
new levels of revenue
and success on the online.

A steady money generator

Imagine running of a something that never failed to generate
income-flow.
A money making program
so amazingly profitable that you never had to look for job ever again!

Establish a steady stream of money

Our money earn program
enables you to establish a constant stream
of cash, all around the clock.
Allowing you more time to focus on other tasks.

You will even be making money while you not working!

Russian Women and Ukraine Girls for marriage at Anastasia Date - 15,000 Beautiful Russian Girls for Dating and Marriage: Find Woman of Your Dreams at Anastasia Date now!

Wednesday, October 5, 2011

Advertise to over 10 million individuals across the globe

Advertise to over 10 million users

Promote to over 10 million customers across the world.

We promote your company in worldwide network of partners portals, each with own narrow auditory.
Our company gives you effective advertising strategies that helps your company profitable on the Internet.
We will give you real and visible results and take your web-site to the next level.
Advertise to Over 10 Million individuals Now...

Increase search engine rankings

Increase your website search engine rankings

Be presented on search engines is one of the most important ways to increase web-site traffic and show your content or service to individuals who might be interested in your product.
All big search engines use an algorithm to determine your web-site ranks.
Search engines know the number of web-sites are referring to your web-site; more links and visitors higher rank for your web-site.
Get Better Rank...

Get More Customers

Get More Visitors, Get More Revenue!!!

With no day-to-day stream of visitors you cannot have stable around the clock income.
You cannot get income if no one visits your web-site. You have to have visitors to see your website, every day, 24 hours!
We help more than 30,000 customers get more visitors from Internet.
You will get more sales by receiving hundreds of real targeted visitors to see your products.
More Visitors...

Tuesday, September 27, 2011

10 Tips Menguruskan Kewangan Anda

Pengurusan kewangan dianggap remeh oleh sebahagian besar mereka yang mempunyai pendapatan bulanan. Cara pengurusan wang secara bijak perlu difahami supaya pendapatan hasil usaha tidak disia-siakan dengan sewenang-wenangnya. Jangan menyesal dikemudian hari kerana kegagalan merancang kewangan dengan baik serta pengurusan kewangan yang betul tidak dilakukan bermula dari sekarang.

Saya ingin kongsikan kepada anda 10 cara pengurusan kewangan yang munasabah untuk dipraktikkan.

1. Menerima gaji yang seadanya dan berbelanja kurang daripada pendapatan 

Tips pertama ini mungkin nampak mudah tetapi hakikatnya ia sukar untuk dipraktikkan. Anda perlu memastikan sama ada gaji yang diterima berbaloi berbanding kepakaran, produktiviti, keupayaan dan tugas yang dipertanggungjawabkan. Menerima pendapatan yang rendah daripada yang sepatutnya akan memberi kesan yang besar dalam jangka masa panjang.

Berapa banyak pun gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet) 

Merancang adalah satu strategi asas yang perlu dilakukan. Kebiasaannya ramai yang tidak mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama TANPA perancangan kewangan yang betul. Ramai orang tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang. 

3. Lunaskan hutang kad kredit 

Sikap suka berhutang ataupun pakai dulu bayar kemudian ni sangat tidak digalakkan. Memang seronok menggunakan kad kredit ini kerana tak perlu bayar secara tunai. Tetapi harus diingat bahawa berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan besar. 
Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat sukar untuk melunaskan hutang dan akhirnya berterusan menanggung hutang yang BESAR!

4. Mencarum dalam pelan persaraan 

Jika syarikat anda bekerja menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Teringat saya kepada pepatah melayu " berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit ". Bukan "BUKUIT" macam JoZan pernah sindir pada Datuk David Teo tu..heheh (seloroh jer). Anda perlu menyimpan walaupun sedikit tetapi lakukan secara istiqamah. Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5% ke 10% daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Dr Irfan Khairi ada menetapkan kadar simpanan 10% setiap bulan daripada pendapatan bulanan dalam buku hasil tulisan beliau yang bertajuk "Nota Kewangan, Nota Jutawan". Dicadangkan buatlah potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza. 

Cari sebab mengapa perlu menabung dan tetapkan azam untuk kebaikan masa depan.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan. Banyak skim pelaburan yang ditawarkan oleh pihak bank. Cari dan pilihlah pelaburan yang mana sesuai mengikut kemampuan anda.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja 

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans 

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan. Pastikan kemampuan pendapatan anda sebelum membuat caruman insurans anda.


9. Kemas kini wasiat 

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Mengikut kajian kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik 

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Sebagai contoh rebet jika memberi buku-buku ilmiah, motivasi dan seumpamanya. Saya yakin kepada mereka yang biasa mengisi borang cukai pendapatan pasti tahu di mana pengecualian cukai yang dapat dibuat.


Itulah 10 tips pengurusan kewangan yang saya harap sedikit sebanyak membantu anda kelak. Sama-sama kita beringat sebelum ditimpa musibah. Fahamilah ilmu pengurusan kewangan untuk menjamin masa depan yang cemerlang dan gemilang.


Sumber Rujukan : Do-It Info

Sunday, September 25, 2011

Bagaimana untuk meletakkan tarikh dan hari yang sama pada blog @ website kita..

Saya telah dapat teknik ini dari kawan blogger kita juga. Cara untuk meletakkan tarikh ini dengan memasukkan kod ini (yang akan saya berikan) di dalam kod html anda. Sesuai untuk blog @ website yang boleh menggunakan cara embed (tanam) ke dalam kod html. Setelah anda memasukkan tarikh ini, anda tidak perlu lagi untuk mengubah tarikh di website anda ini setiap hari. Ini boleh menjimatkan masa anda.


Kepada mereka yang baru didalam blog @ website ini. Anda bolehlah melihat di dalam laman web saya ini dahulu untuk mengetahui cara menggunakan embed kod html. (Lihat di #1 Belajar cara buat website sendiri bahagian 7 dan lihat video). Setelah itu, anda copy & paste kod ini :-

<SCRIPT LANGUAGE="Javascript" class="timetext">
var now = new Date();
var days = new Array('Sunday','Monday','Tuesday','Wednesday',
'Thursday','Friday','Saturday');
var months = new Array('January','February','March','April',
'May','June','July','August','September',
'October','November','December');
var date = ((now.getDate()<10) ? "0" : "")+ now.getDate();
function y2k(number){return (number < 1000) ? number + 1900 : number;}
today = days[now.getDay()] + " " +
date + " " +
months[now.getMonth()] + ", " +
(y2k(now.getYear())) ;
document.write("" +today+ ".");
</SCRIPT>


di dalam kod html anda. Letakkan dahulu cursor anda di tempat yang anda inginkan tarikh anda dipaparkan. Tidak perlu buat table pada website anda.

Sekian. Selamat mencuba.

Sunday, September 18, 2011

Kecilnya Bumi..

video



Kita sangka bumi Allah ini dah besar dah.. tapi kita tak sangka bahawa bumi Allah ini adalah hanya sebesar-besar kuman sahaja di dalam Alam Maya ini. SubhanaAllah.. Bertaubatlah kita semua agar dosa kita diampunkan sebelum masa Hari Kiamat nanti.. Bila sudah Hari Kiamat, tiada dosa dapat diampunkan lagi.. Semoga kita diberkati Allah kemudian..

Di GDI anda boleh kecapi bebas kewangan


video



GDI (Global Domain International) adalah satu syarikat yang menjual domain name website dan web hosting mereka. Mereka menjalankan program affiliate yang boleh menguntungkan pengguna mereka. Lihat video diatas untuk keterangan mengenai plan pemasaran mereka. Kalau ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah kunjungi laman web saya di http://autowanganda.ws/JanaGDI.html @ replica site saya di
http://website.ws/mharon17

Air Mata Nabi Adam


Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis,  beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air  ini."

Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa  Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari  ada 24 jam. ? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar  azan.

Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala  Jengking Neraka

Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat,  orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka  minum arak."

Sampaikan  kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman
hidup  hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

 
Wassallam

Teka-teki yang rasa bersalah nak menjawabnya...

1)Lubang ape yang rasanya hangat,nikmat dan nyaman?
answer:LUBANGun pagi2,tarik simut pastu lu tido balik

2)Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
answer:MINYAKsikan pertandingan bolasepak EPL

3)Kuih ape yang dibungkusnya didalam isinya diluar?
answer:kuih salah bikin...

4)Binatang ape yang power dlm bab berkarate?
answer:kuda belang.cube ko kira brape black belt dia ade........

5)Siape yang menemukan dompet kulit?
answer:yang menemukan dompet kulit sila pulang pada saya balik
hehe........ nak makan tak ader duit lah bro

6)Pintu ape yang walaupun dengan 10orang pun tak boleh nak tolak
answer:Pintu yang ader tulis''TARIK' '

7)Saya ader 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki
answer:Pembohong. .......

8)Ape dia "jauh d mata dekat d hati"..?
Answer:usus

9)Binatang ape yang seluruh angota dia kat kepala?
Answer:kutu rambut lah...

10)Nenek saper yang jalan nye terloncat-loncat?
Answer:nenek si katak lah......... .

11)Kenapa lelaki ni jarang kena penyankit anjing gila?
Answer:sebab lelaki nikan 'buaya'

12)Ape persamaan micheal jordan ngan micheal jakson?
Answer:Dua-dua tak kenal korang huhuhuh..... ..

13)Tukang aper kalau yang di panggil dia jenguk ke atas?
Answer:tukang gali kubur lah.........

14)Nak mencari sikit punya susah dah dapat senag jer buang?
Answer:tahi idong

15)Ape persamaan kain jemuran nagn telepon?
Answer:dua-dua kalau dah krinnnggg bleh angkat.....

16)Kenapa pokok kelapa kat depan umah kena tebang?
Answer:Mestilah kena tebang,sape plak yang nak cabut gilo ape ko
ni.......... .

17)Gajah terbang dengan ape?
Answer:Dengan susah payah.......

Cara-Cara Nak Menunduk Hantu...


Pocong        Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu. Gelakkan ramai-ramai lagi mujarab.

Langsuir
      Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu. Kucing pun tak malu macam dia..
Pontianak     Hantu yang suka ketawa mengilai. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring. Gunakan mikrofon dan speaker yang besar bagi menampakkan kesan nyata.

Hantu Raya    Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat. Jangan beri dia peluang untuk duduk atau curi tulang.  

Hantu Galah   Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu. Kata org dulu-dulu kata cabut bulu keting dia, berkesan jugak.. tapi sekarang dia dah siap cukur dulu sebelum memunculkan diri.. jaga-jaga antu ni.. 

Jerangkung    Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.  Jika dia cuba utk berdiri tegak kembali.. ulangi tunjalan jari telunjuk anda.. lakukan sehingga dia bosan.

Toyol             Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampar Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.. Nanti dia mesti menyesali perbuatannya mencuri..

Hantu Ular   Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni lain fesyen skit.. takder kerja lain asyik mengular je, lepas tu nengok e-mail.. macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..  macamana nak jawab.. korang ni ler hantu nya.. jadi bawak-bawaklah buat kerja ... bos masuk jap lagik kang lain pulak hantu yang datang...

Wednesday, September 14, 2011

RASULULLAH BULAN PURNAMA


Rasulullah bulan purnama, cahayanya cerah menerangi buana
Menyuluh kehidupan manusia, memandu perjalanan mereka menuju Tuhannya
Manusia selamat di dalam perjalanan mereka
Dari kesesatan dan khurafat serta mara-bahaya
 
Para Sahabat laksana bintang-bintang di keliling purnama
Bertambah indah purnama dan makin terserlah cahaya kebesarannya
Laksana raja-raja dikelilingi oleh pembesar-pembesarnya
Bertambah hebat dan agung Rasulullah dibuatnya
 
Para Tabi’in laksana bintang-bintang yang berselerak di seluruh dunia
Menyuluh di malam gelap-gelita dan memeriahkan suasana
Panduan orang yang berjalan di tengah padang pasir dan hutan belantara
Banyak orang yang selamat daripada kesesatan perjalanan di malam yang gelap-gelita
 
Para mujtahidin, para mujaddidin dan ulama ul ‘amilin obor di zamannya
Menerangkan juga alam buana, kehidupan manusia yang hiruk-pikuk dan sibuknya
Cahaya-cahaya yang dibawa mereka boleh juga diguna dan dimanfaatkan
Mudah juga manusia berjalan di dalam suasana gelap-gelita
 
Para mubaligh dan da’i membawa pelita kehidupan di zamannya
Walaupun cahayanya tidak jauh pancarannya
Namun cahaya-cahayanya mencerahkan juga kehidupan manusia
Siapa yang sudi bernaung di bawah cahayanya, pimpinan kehidupan dapat juga