Pocong Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu. Gelakkan ramai-ramai lagi mujarab.
Langsuir Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu. Kucing pun tak malu macam dia..
Pontianak Hantu yang suka ketawa mengilai. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring. Gunakan mikrofon dan speaker yang besar bagi menampakkan kesan nyata.
Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat. Jangan beri dia peluang untuk duduk atau curi tulang.
Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat. Jangan beri dia peluang untuk duduk atau curi tulang.
Hantu Galah Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu. Kata org dulu-dulu kata cabut bulu keting dia, berkesan jugak.. tapi sekarang dia dah siap cukur dulu sebelum memunculkan diri.. jaga-jaga antu ni..
Jerangkung Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak. Jika dia cuba utk berdiri tegak kembali.. ulangi tunjalan jari telunjuk anda.. lakukan sehingga dia bosan.
Toyol Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampar Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.. Nanti dia mesti menyesali perbuatannya mencuri..
Hantu Ular Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni lain fesyen skit.. takder kerja lain asyik mengular je, lepas tu nengok e-mail.. macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie.. macamana nak jawab.. korang ni ler hantu nya.. jadi bawak-bawaklah buat kerja ... bos masuk jap lagik kang lain pulak hantu yang datang...
No comments:
Post a Comment