Intro...

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh...

Selamat Datang ke BLOGGERMANIA!!


20/08/2010(Tarikh Blog ini mula-mula ditulis)

Saya sebenarnya tak tahu kenapa saya wat blog ni..?? Entah.. Mungkin sebab tengok byk blog2 kawan2 n daripada blog jg sesetengah orang mecari sumber pendapatan sampingan.. tergerak plak hati ini untuk buat blog ni... Kepada blogger2 yang di hormati... saya tak ade ape2 yang hendak di pertunjukkan sebenarnya... tapi ape2 hal korang berkunjung lg ke blog saya ini akan datang... wat mase sekarang ni... otak masih buntu nak wat ape ngan blog ni... saya akan cube mengupdate blog ini setiap minggu dengan benda2 yang lain dari yang lain... InsyaAllah... Kepada bloggers2 sekelian.. Selamat maju jaya diatas ape saje yang anda lakukan.. PEACE!!

* Nak dapat RM1,200 dan emas??! Sila wassap k.. Peace!!

Wassap#: +601132529979






Sunday, September 18, 2011

Air Mata Nabi Adam


Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis,  beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air  ini."

Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa  Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari  ada 24 jam. ? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar  azan.

Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala  Jengking Neraka

Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat,  orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka  minum arak."

Sampaikan  kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman
hidup  hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

 
Wassallam

No comments:

Post a Comment